Saturday, 21 January 2017

TAKLIMAT PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS DAERAH HILIR PERAK 2017






Guru Besar,
SK / SJKC / SJKT,
Daerah Hilir Perak.


Tuan,

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. 
 
2.           Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Taklimat Pengurusan Pemulihan Khas Daerah Hilir Perak 2017 seperti ketetapan dalam surat jemputan yang dilampirkan.
Sehubungan itu, semua Guru Pemulihan Daerah Hilir Perak diminta hadir ke taklimat tersebut. Namun, perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian dan tindakan pihak tuan :
2.1    Menjalankan Ujian IPP2M dan IKAM (set 3) kepada semua murid pemulihan khas tahap 2 di sekolah masing-masing (muat turun IPP2M dan IKAM).
2.2    Melengkapkan Data Pemulihan Khas berakhir 31 Januari 2017 menggunakan Tapak Data Pemulihan Khas yang telah dilampirkan.
2.3    Bawa bersama komputer riba dan Data Pemulihan Khas berakhir 31 Januari 2017 dalam bentuk softcopy (pendrive). 
2.4    Bawa bersama Jadual Waktu Mengajar dan Takwim Pemulihan Khas  sekolah masing-masing.  
2.5    Semua bahan-bahan berkaitan boleh di muat turun melalui lampiran di bawah.

3.         Kerjasama tuan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
             
 Sekian, terima kasih.




 BAHAN MUAT TURUN   (Sila ke ruangan Muat Turun)
SUMBER : PPD HILIR PERAK

1 comment: