Wednesday, 1 February 2017

DATA PEMULIHAN KHAS LANTIKAN GURU PEMULIHAN KHAS BAHARU DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2017




Semua Guru Besar
Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

DATA PEMULIHAN KHAS LANTIKAN GURU PEMULIHAN KHAS BAHARU DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2017


Sukacita saya merujuk perkara di atas.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, Data Pemulihan Khas Daerah Hilir Perak akan dikutip berdasarkan kepada bilangan murid pada 31 Januari, 30 Jun dan 31 Oktober tahun semasa. Kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk menghantar maklumat berkenaan secara ‘soft copy’ kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas/Pemulihan Khas ) di daerah masing-masing sebelum atau pada 3 Februari, 3 Julai dan 3 November tahun semasa.


Untuk makluman pihak tuan, pelaksanaan kutipan Data Pemulihan Khas adalah menggunakan format data yang baharu. Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk memuat turun format data berkenaan bersama “Panduan/Kaedah melengkapkan Data Pemulihan Khasmelalui Portal Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak mulai 26 Januari 2017. 

Bersama ini juga dilampirkan Contoh Surat Lantikan Guru Pemulihan Khas Baharu Daerah Hilir Perak Tahun 2017.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En Aminuddin bin Khalit di talian 05-6221970.
Maklumat lanjut sila muat turun di bahagian attachments


0 comments:

Post a Comment